#take note from story .
Saya dan Fadli selalu berbasikal bersama ke kolej. Kemesraan kami berdua memang menjadi buah mulut teman-teman lain yang cemburukan hubungan ikhlas kami.
Kami sangat rapat sehingga Mr Derick, pensyarah Bahasa Inggeris pernah menggelar kami
“Muderly and Faderly.”
Saya fikir dialah teman sehidup semati saya, sampailah satu hari kami diserang tebuan semasa sedang mengayuh basikal pulang dari kelas.
“Palee tolong akuuuu!” Laung saya kepadanya. Cermin mata saya sudah terjatuh di atas jalan raya selepas saya mengibas-ngibas muka menghalau serangga berbisa itu.
Meraba-raba saya cari cermin mata. Setelah memakainya semula saya mencari Fadli.
Dia nun jauh di sana, masih bersungguh mengayuh takutkan tebuan.
Tak guna.
Disebabkan keintiman kami, ada ura-ura yang mengatakan kami gay.
Kami tak gay. Kami berukhuwah kerana Allah. Cee.
Tak, kami berdua punya buah hati masing-masing, ketika itu.
Mereka perempuan alhamdulillah.
Buah hati Fadli namanya Ya, rakan sekelas kami juga.
Satu hari disebabkan mulut saya yang celupar, saya telah bergaduh dengan Ya.
Berhari-hari juga perang dingin.
Saya yang bersikap possessive ingin mendapat kepastian daripada Fadli
“Weh hang sokong aku ka awek hang?”
“Tak boleh decide doh.”
“Awat?”
“Dua-dua aku sayang.”
Aww, sho shweet.
Seperti kawan-kawan baik lelaki yang lain, kami saling mempersendakan fizikal antara satu sama lain sebagai cara menunjukkan kasih-sayang.
“Hang pendek sangat Palee, macamana pun aku terpaksa pandang rendah dekat hang.”
Tapi satu hari Fadli tiba-tiba berubah. Saya berasa sungguh hairan bercampur terharu bila dia mula memuji saya
“Mat… muka kau umpama bulan…”
“Berseri macam tu sekali?”
“Tak, ada kawah.”
Selamat Hari Lahir Fadli Mohd Din :)
Semoga dirahmati Allah selalu.
Semoga dapat kerja gaji beribu.
Semoga kahwin kekal anak cucu.
Semoga tinggi
err macam aku?
Hah kena!
0 comments:
Post a Comment